**and ThAt LoVe We ShAre 2GeTheR wiLL neVer B Erased**

Tuesday, August 2, 2011

Tips utk Manusia Tidur

  1. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  2. Sebelum dan selepas tidur baca doa
  3. Elakkan kaki mengadap kiblat
  4. Tolong baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
  5. Bacalah surah yang empat ini (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan
  6. Baca Basmalah 21 kali untuk elak daripada diganggu syaitan dan perkara yang tidak baik berlaku semasa tidur
  7. Tekadkan hati untuk bangun Tahajjud.
  8. Maafkan semua kesalahan manusia
  9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Selamat mencuba

Andai Lelaki Tahu

KhaS BuaT Mu...

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda…

Monday, August 1, 2011

Nak Berbuka Posa dgn Kengkawan..tp.....................

Qu pk nak p berbuka pose dgn kawan2 palapes Qu..em...dgn kwn2 intake Qu..tp cuti Qu hari Khamis..cmne nak p jmpa diorang..diorang mesti cuti sabrtu ahad kan3..hm...cian sy..dah dkat setahun dah xjmpa kawan2 semua..ada yang jmpa pun xdapat berbual2 lama..kejap jek...

dgn kwn2 sekolah pun sama gak..tahun ni diorang ajak p berbuka kat JB..katanya ramai kwn2 yang ada kat JB tuh..so, nak p berbuka kat JB..penin kepala Qu sbb cuti Qu ni xsama mcm kawan2 lain..payah gak kej yang cmni kan..tp nak bt cmne..blm ada rezeki lagi kan kat tempat yang lain yang waktu kej nya offis hour...cian Qu..tapi untuk ayahanda dan bonda..tdk mengapalah..utk setahun ni..Qu rela berkorban... mudah2an ada kej yang baik utk Qu..

dgn mr.B lagi la..dpt jmpa pun keja2 jek sekarang ni..knp? sbb dia balik sbtu ahad..then sabtu ahad saya kej dr 9pg till 10mlm..then bila masanya sy nak kua dgn dia...arghhhh...dgn family pun xde masa sgt nak berbual2..tensionnyer saya....

"ya Allah ya tuhan ku...berikanlah aku kesabaran dalam menempuhi segala dugaan Mu ini ya Allah..semoga ada yang terbaik untuk hamba-Mu ini ya Allah..amen..."

Salam Bulan Ramadhan

Qu mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan al-Mubarakh dan selamat menjalankan amal ibadat sunat yang lain dengan sebaiknya... daripada Qu dan mr.B....

Salam 1 Ramadhan

Alhamdulillah...marilah sama2 kita memanjatkan doa kehadrat ilahi tnda kesyukuran kita kerana masih lagi diberikan waktu dan masa utk bersama2 meraikan serta menjalankan ibadah berpuasa di dalam bulan Ramadhan tahun ini... syukur alhamdulillah...

entahkan tahun hadapan masih sempat lagi tidak untuk kita menunaikan kewajipan ini lagi..kita pun tidak pasti..Hanya Allah yang tahu...=)

Alhamdulillah...sudah berlalu 1Ramadhan..esk akan berganjak ke 2 Ramadhan pula...harap2nya dapatlah menunaikan segala amal ibadah ini dengan sesempurnanya...(walaupun tiada yang sempurna dalam dunia yang fana ini).=)....

Alhamdulillah sekali lagi...masih lagi diberikan kesempatan untuk berpuasa bersama ayahanda dan bonda tercinta...abang(uda) dan adik (akim)...walaupun antara saya dan uda sudah lama tidak bersuara, namun itu bukan bermakna sy membenci dia..semoga dengan berpuasa dpt menjernihkan apa yg keruh..dapat merapatkan apa yang renggang... i love my family...diorang tiada gantinya.... =)....

Selamat Berpuasa, menjalankan amal ibadat, menunaikan terawih bg yang berkemampuan dan selamat mendekatkan diri kita lebih dalam bulan yang penuh barakah ini.... salam sayang dari Qu untuk sahabat2 sekalian... wasalam