assalamualaikum pada teman2 yang mengenali diriku..sama ada secara sengaja mahupun secara tidak sengaja...
lama sangat dah tak menaip kan..almaklum la..niat hati memang besar sangat nak menaip setiap hari..tapi apa kan daya kesuntukan masa atau dalam erti kata lainnya ketiadaan jalur lebar yang memuaskan untuk digunakan...
pejam celik,pejam celik dah hampir 2bulan aku menjadi guru ganti di sek keb bagan ni..xsangka rezeki untuk menimba ilmu sebagai pendidik ada disini.. memang berbesar hati sangat la sebab mahu menjadi pendidik..alhamdulillah, walaupun hanya diberikan kesempatan 2bulan untuk menimba pengalaman..aku amat menghargainya...
dan pejam celik pejam celik juga..dah meningkatnyer umurku..28 September yang lepas..xberkesempatan untuk menyambut dengan siapa2..namun ingatan dari teman2 dan orang2 yang tersayang amat dihargai...aku bahagia dengan hidup kini..bkn berpuas hati..tapi buat masa sekarang rasanya cukup ler untuk aku menemani kedua ibubapa ku di rumah..mungkin nanti selepas berkahwin tanggungjawab ku akan ke arah lain pula..masa sekarang ni la untuk aku menemani mereka..dapat ke aku membalas pengorbanan mereka?? keringat mereka?? dan titik peluh mereka?? Ya Allah..bantu la hamba-Mu ini..aku insan yang lemah...