**and ThAt LoVe We ShAre 2GeTheR wiLL neVer B Erased**

Wednesday, November 23, 2011

miss u mr.B

semakin Qu nak cuba lupakan mr.B..semakin kuat plak rasa rindu nih..hm..macam mana ya caranya untuk Qu menjarakkan sedikit antara diri Qu dengan mr.B?? maswih berusaha untuk mencuba..bukan sebab tak sayang..bukan sebab sudah berubah hati..tapi Qu hendak memberinya ruang dan waktu untuk dirinya bertugas...sukar untuk diri Qu melupakan dirinya..Qu tidak mahu menyusahkan dirinya..sebab itulah waktu yang bersisa ini Qu semahunya hendak dia berasa selesa dan senang hati memiliki diri Qu sebagai pendamping dirinya..siapalah yang tidak rindu..siapalah yang tidak mengasihi insan yang selama ini bersusah payah bersama-sama diri Qu...tak tahu la kenapa sekarang ni Qu semacam hendak marah2 sahaja..hehe..nasib baik la mr.B ni bkn pompuan,..law pompuan dah lama dah ditinggalkannya Qu nih..hehe... miss u mr.B... tapi kena la letak sikit ego kat atas..sebab mr.B ni mcm tak faham2 plak..huhu

Tuesday, October 18, 2011

impianku..jd/x?

adakah impian saya akan jadi kenyataan ataupun berkubur jek yea?? entah lakan..sy mesti kuat..chaiyok2..sy mesti kuat..chaiyok2..sy mesti kuat....chaiyok2... Ya Allah..berikanla hambamu ini kekuatan rohaniah dan jasmaniah yang mendalam..jgn biarkan hambaMU ini jatuh tersungkur dan xdaya utk bangun semual YA ALLAH..aku mohjon bantuanMU..utk bangun semula...

Only Me

sya nak cerita sesuatu..lama dah sy tanggung semua ni sorg..ada gak saya bercerita dgn org2 terdekat..tp hati sy masih sedih...sy xtahu kenapa..saya rindukan seseorang..bkn kekasih..tapi hubungan kekeluargaan yang erat..saya rasa sgt sedih sekarang ni..saya mcm nak p jauh dari sini..jauh dari parents..jauh dari keluarga..saya amat merindukan suasana dahulu...sedih smapi nak menangis...

kenapa dia ragut dan ambil kasih sayang saya dengan abang saya...mana yea abang2 saya yang dulu?? mana yea tempat utk saya luahkan segala gelak tawa ddan jenaka?? kenapa dia musnahkan segalanya?? hrm..hati saya berkata..'tak baik kata cmtu sayang..sabar la..pasti hubungan ini akan pulih suatu hari nnti...'..tp sampai bila??..saya rindukan abang saya..kalau dioarang nak hidup berdikari btl..kuarlah dari rumah tu secepat yg mungkin sebelum rasa rindu saya ni membunuh segalanya...saya sudah cukup bersabar dgn setiap yg berlaku didepan mata saya..cukup bersabar dengan segalanya demi ALLAH dan utk ibubapa saya..

saya kena hadapi semua ini bersendirian...saya cukup rapat dengan abang saya, lepas dia berkahwin..segalanya berubah 100%..saya sgt sedih..sgt sedih..sgt sedih... saya mcm dah xkenal siapa dia lagi... saya bersabar demi ALLAH dan demi orang tua saya...saya bersabar sbb xnak tgk makayah saya susah hati..segalanya saya terima saat ini..rasa xnak blik umah lai dah sekarang ni...orang yang palin rapat dengan kita,then pergi berlalu camtu jea..saya cuba utk xambik peduli dengan apa yang org buat dengan saya..tp nampaknya semuanya seakan mencabar kesabaran saya...

saya xtahu mahu berkongsi dengan siapa lagi kisah in..kisah duka saya..sejak akhir2 in tunang saya begitu sibuk dengan kerjayanya..saya tidak pernah menyalahkannya kerana dia bekerja utk masa depan kami kelak..dia seorang yang sgt baik utk saya..alhamdulillah..syukur sebab dia dpt terima saya seadanya..setidak2nya dalam dunia ni sya masih ada makabah dan tunang saya serta kawan2 yang tahu saya adalah seorang yang relaks dan jarang dirundung kesedihan..pandai nya saya kawal emosi saya kan?? padahal saya la irang yang paling lemah didunia ini tanpa bantuan olehNYA..saya la insan yang paling kerdil di dalam dunia ni...tp saya bersyukur atas nikmat yang selalu diberikan olehNYA..mungkin Allah sedang uji saya ketika in..banyakkanla bersabar.. saya memang selalu tak dapat apa yang saya inginkan..tetapi saya cukup bersyukur atas nikmat yang ALLAH berikan pada saya sebab mempunyai adik beradik seramai 5orang termasuk saya (walaupun sekarang ni saya rasa xde adik beradik)..bersyukur sebab diberikan saya meminjam kasih sayang seoarang insan yang bernama azhar...dan memberikan saya peluang untuk menjadi anak perempuan tunggal milik pn.jamiah & roslee ahmad.. sya bersyukur YA ALLAH...alhamdulillah...

abag2 saya dan adik2 saya adalah org yang paling berharga disisi saya..saya memang tak manja dengan adik beradik saya..sebab saya memang tidak diajar utk bermanja sejak kecil hingga kini..terima kasih angah sebab selalu bantu saya dalam segala kesulitan yang sya alami..terima kasih along sebab selalu ada utk bertanya apa masalh yang saya alami..terima kasih uda sebab selalu teman saya time sy sedih2..selalu bt saya gelak2..(walaupun kini xlagi)...terima kasih adikku akimsebab selalu ikut kata akak walaupun akk ni memang garang kat umah tapi semuanya utk kebaikkan akim..bukan utk akak..akak nak akim jadi seorang yang bertanggungjawab...tahu erti susah dan senang makabah..tahu erti jerih perih makabah besarkan anak2 semua... abang2ku sekaluan..terima kasih kerana memberikanku hadiah kakak2 ipar yang baik2 dan cantik2 semuanya...terima kasih memberikan anak2 buah yang comel kepada ku...

terima kasih kerana membahagiakan mak dan abah..utk adk beradikku dan kakak2 iparku..kalaupun ada kesalahn mereka yang lepas2..saya dah maafkan kesemuanya..biarlah mak dan abah yang tahu cerita segalanya ...biarlah abang2 semua meletakkan segala kesalahan atas diriku..tapi saya berharap abang2 semua hargailah kasih sayang mak dan abah..mereka bukan daripada kalangan orang2 yang senang..tetapi mereka cuba memberikan kesenangan kepada anak2 mereka tanpa mengharapkan balasan..tetapi hargailah pengorbanan mereka.. hormatilah mereka sebagai orang tua dan sebagai mertua... tanggungjawab lelaki begitu besar terhadap keluarganya.. belajarlah mengenai tanggungjawab2 tersebut... jgn biarkan rumahtangga yang dibina tidak ada yang mengemudinya..ilmu agama tidak rugi utk dipelajari...amalkanlah ilmu yang ada...

utk insan yang saya sayangi..walaupun baru berkenalan 7tahun..saya sgt menghargai segala kasih sayang awak pada diri saya..segala apa yang awak bt utk saya saya ucapkan terima kasih...saya hanya ada awak seorang sahaj saat ini..sbb itu saya rasa amat sunyi bila awak cari rezeki utk kita..sbb tu saya byk merajukd gn awak...terima kasih sbb menjaga saya sehingga ke hari ini..saya xdapt nak bals segala jasa2 awak..semoga awak temui sinar kebahagian yang awak cari...saya akan menanti awak hingga hujung akhir nafas saya nnti..

saya sgt sayangkan keluarga saya..dan sy sayangkan awak juga syg sy...Mr.B...

sekian....

Tuesday, September 27, 2011

~DOA HARI LAHIR~

Segala puji bagi Allah Tuhan Seru Sekelian Alam, Selawat dan Salam Untuk Nabi Muhammad saw, Ahli Keluarganya dan Sahabat-sahabatnya.

Terima kasih ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih juga untuk setiap cobaan yang Engkau turunan. Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Terima kasih kerana keluarga bahagia yang Engkau amanahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…. Tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadap-Mu.

Engkau tetap menerima walaupun terkadang aku alpa, aku lupa. Aku silap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besarnya kasih-Mu….Engkau tetap melindungiku walaupun terkadang aku kalut merunggut ketika saat-saat lemahku datang. Aku tak pernah menafikan hak-Mu sebagai Khaliq walaupun terkadang terbuai dengan kesedihan yang amat perit.

Ampunkan aku ya Allah apabila aku merintih nasibku di hadapan-Mu, kepada siapa lagi harus aku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini ..Ya Allah… namun aku hanya hamba-Mu yang dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpah kasih sayang-Mu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.Dalam usia bagini….. aku ingin lebih dekat pada-Mu

ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…. Aku ingin lebih merindui-Mu

Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini aku ingin selaku mengabdikan diri sekudusnya terhadap-Mu. Dalam usia ubanan ini yang aku inginkan hanyalah ketenagan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih kepada yang sudi.

Ya Muhaimin…Pimpinanlah tangan hamba-Mu ini.. pimpinanlah hati hamba-Mu ini akan sentiasa berpijak ke atas jalan kebenaran.

Ya Al Quddus… sebagai hamba-Mu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti Titian Silatulmustakim-Mu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakim…berilah aku kekuatan dan semangat serta ilham agar aku mampu terus membimbing anak-anak muridku yang sangat dahagiakan ilmu. Berikanlah aku keikhlasan yang jitu agar dapat aku mencurahkan ilmu yang engkau kurniakan kepada anak-anak didikku supaya lahir generasi masa depan yang terus mendokong perintah-Mu… Berilah aku kesabaran dalam menangani karenah generasi muda yang sangat mencabar keimanan dan kesabaranku… hulurkanlah aku kebijaksanaan agar aku mampu memacu kalam keinsanan hingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Ya Allah…Sesungguhnya kematian itu benar…. Alam kubur itu benar…..Hari Pembalasan itu juga benar….Hari ini, semakin hampir aku kepada Alam Kematian…. Semakin dekat aku dengan Alam Kubur… semakin takut aku terhadap Hari Pembalasan… izinkan aku dalam usia yang semakin sedikit ini aku mengaut sebanyaknya himpunan pahala, untuk ku jadikan bekalan kehidupan yang tiada penghujungnya nanti. Aku ingin menjadi anak, ibu, isteri dan muaalim yang solehah..E


Terima kasih ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku… Engkaulah Yang Maha Besar… Allahu Akbar!.. peliharalah aku yang lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu…

Terimalah pemohonan hamba-Mu yang sedang bermusafir di bumi-Mu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbil-Alamin.


~HaRi LahiR saya yg ke.......~=)

Tuesday, August 2, 2011

Tips utk Manusia Tidur

  1. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  2. Sebelum dan selepas tidur baca doa
  3. Elakkan kaki mengadap kiblat
  4. Tolong baca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali.
  5. Bacalah surah yang empat ini (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan
  6. Baca Basmalah 21 kali untuk elak daripada diganggu syaitan dan perkara yang tidak baik berlaku semasa tidur
  7. Tekadkan hati untuk bangun Tahajjud.
  8. Maafkan semua kesalahan manusia
  9. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Selamat mencuba

Andai Lelaki Tahu

KhaS BuaT Mu...

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda…

Monday, August 1, 2011

Nak Berbuka Posa dgn Kengkawan..tp.....................

Qu pk nak p berbuka pose dgn kawan2 palapes Qu..em...dgn kwn2 intake Qu..tp cuti Qu hari Khamis..cmne nak p jmpa diorang..diorang mesti cuti sabrtu ahad kan3..hm...cian sy..dah dkat setahun dah xjmpa kawan2 semua..ada yang jmpa pun xdapat berbual2 lama..kejap jek...

dgn kwn2 sekolah pun sama gak..tahun ni diorang ajak p berbuka kat JB..katanya ramai kwn2 yang ada kat JB tuh..so, nak p berbuka kat JB..penin kepala Qu sbb cuti Qu ni xsama mcm kawan2 lain..payah gak kej yang cmni kan..tp nak bt cmne..blm ada rezeki lagi kan kat tempat yang lain yang waktu kej nya offis hour...cian Qu..tapi untuk ayahanda dan bonda..tdk mengapalah..utk setahun ni..Qu rela berkorban... mudah2an ada kej yang baik utk Qu..

dgn mr.B lagi la..dpt jmpa pun keja2 jek sekarang ni..knp? sbb dia balik sbtu ahad..then sabtu ahad saya kej dr 9pg till 10mlm..then bila masanya sy nak kua dgn dia...arghhhh...dgn family pun xde masa sgt nak berbual2..tensionnyer saya....

"ya Allah ya tuhan ku...berikanlah aku kesabaran dalam menempuhi segala dugaan Mu ini ya Allah..semoga ada yang terbaik untuk hamba-Mu ini ya Allah..amen..."